.

Thursday 29 October 2009

Tun Sakaran Diktator USIA??? | Nizar News

KEENGGANAN Yang Di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, Tun Sakaran Dandai untuk berundur sekalipun dipaliti dengan pelbagai skandal dan tidak merestui jawatan Yang Di Pertua dipertandingkan menyebabkan ada Ahli ‘USNO’ dalam Usia mahu menggulingkan Sakaran dengan mendedahkan ‘Pekung’ beliau di media massa memandangkan Pendaftar Pertubuhan Sabah (ROS) telah ‘dibeli’ agar tidak mendedahkan maklumat Usia sekalipun dikategorikan sebagai ‘Public Document’.

Seorang ahli USIA tegar, yang hanya ingin dikenali sebagai Mohammad, menegaskan Sakaran sedang menjadikan Usia sebagai ‘Harta Peribadi’ dan mewujudkan ‘Dinasti’ kerana akan berundur jika keadaan terdesak dan melantik anaknya, Datuk Nasir sebagai Pemangku dan bukannya salah seorang empat calon Timbalan Presiden yang bakal berentap pada pemilihan Pucuk Pimpinan Usia November ini.
“Kita kesal kerana Tun tidak merestui sebarang perebutan pucuk pimpinan Usia dan kita disekat daripada mendapat maklumat tentang Usia termasuk harta dan liabiliti Usia. Pendedahan Sabahkini.net cukup membimbangkan semua ahli Usia,” ujar Mohammad yang menekankan 1Borneo telah meletakkan Usia sebagai ‘Pelacur’ yang berjubahkan Islam.

Mohammad turut mendedahkan, disebabkan ramai ahli Usia marah kerana Pemaju 1Borneo mengeluarkan cek tendang kepada Usia, Pengarah Urusan Ramajuta Properties Sdn.Bhd telah merasuah semua AMT Usia, RM10,000 setiap seorang.

“Ada juga yang tidak mengambil wang rasuah tersebut yang diberikan menjelang hari raya 2008 dan antara AMT yang tidak terima termasuk Ketua Wanita Usia sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai memprotes tindakan Tun Sakaran yang terlalu lemah menjaga nama baik Usia,” ujar Mohammad yang memaklumkan bahawa isu ini bukan lagi rahsia.

Bagaimanapun, Mohammad hairan kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan berhubung isu ini sekalipun laporan rasmi di buat di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

“Saya harap pada mesyuarat MT kali ini, ahli MT akan membuka mata Tun Sakaran yang terkatup oleh wang dan tidak lagi menjadikan Usia sebagai ‘Perempuan Simpanan’ atau ‘Harem’ kerana mencemarkan maruah seluruh umat Islam di Sabah, “ ujar Mohammad yang menekankan betapa pentingnya Persidangan Agung 2009 wajib ditangguhkan sehingga semua masalah dalam Usia diselesaikan dengan baik dan tuntas.

Menurut Akta Pertubuhan 1960, kata Mohammad, Usia sudah boleh diharamkan atau menjadi pertubuhan haram secara automatik kerana tidak pernah menzahirkan makumat sebenar tentang ahli, harta dan operasinya.

Oleh: HAMID ZAKARIA (sabahkini)

1 comment:

  1. " Sometimes reinstalling this general hardware controller can boot things back into working, but it's not guaranteed. When it comes to laptops there are a huge number of manufacturers to choose from. I hope that eventually Sony will release some official software for making the controllers work on a PC, because it would be an excellent selling point for the Sixaxis controller.

    Here is my blog post - pc ieftin second hand

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist