Oleh : professor
Pemimpin UMNO Terpaksa Merasuah 146 000 Berbanding 2 500 Orang
Dengan kelulusan sebulat suara , perwakilan yang telah meluluskan pindaan perlembagaan , menggambarkan betapa ada sebahagian pemimpin dan ahlinya cemas , serius dan bersungguh – sungguh
supaya UMNO perlu berubah. Sekiranya tidak , ini bermakna 2012 dalam PRU 13 nanti parti itu bakal hancur secara total.
Apa yang sangat minat untuk diulas ialah kesanggupan pemimpin – pemimpinnya memeras otak meminda apa – apa yang perlu , khususnya ‘keberanian’ pimpinan untuk menyerah kepada peringkat akar umbi , iaitu kepada 146 000 orang ahli bagi menentukan siapa Presiden , Timbalan Presiden dan pengurusan tertinggi parti itu.
Dengan kegiatan melobi hanya untuk 2 500 orang perwakilan sebelum ini , telah memakan belanja dan kos yang begitu tinggi , sehingga keghairahan calon naib Presiden tahun 2004 lalu iaitu YB Tan Sri Isa , yang ditaja oleh taikun – taikun Cina , menjebak diri nya ke dalam rasuah.
Maka bayangkan berapa nilai rasuah untuk dibelanjakan bagi merasuah seramai 146 000 orang perwakilan dalam perhimpunan akan datang ?
Rasuah Atau Politik Wang Akan Lebih Subur
Jumlah pusingan wang lebih banyak akan berlegar dalam pasaran ahli – ahli UMNO , bermula dari hari ini hingga ke perhimpunana yang akan datang.
Berapa banyak projek dan wang yang terpaksa kerajaan BN cari dan belanjakan , dalam keadaan ekonomi yang masih gawat , bagi menamnpung keperluan sebegini ramai perwakilan ?
Najib Berpeluang Menjadi Presiden UMNO Seumur Hidup
Dengan jawatan sebagai Presiden UMNO , Perdana Menteri dan Menteri Kewangan , siapa yang mampu menandingi Najib dalam perebutan jawatan sebagai Presiden , bermula pemilihan akan datang sehingga buat selama – lama nya ?
Siapakan calon yang mampu menyediakan dana yang sebegitu banyak untuk menandingi Najib dalam perebutan jawatan Presiden UMNO akan datang dan seterusnya ?
Tetapi , adakah Najib akan masih bernafsu dan ghairah untuk terus mempertahan dan merebut jawatan Presiden UMNO , sekiranya dalam PRU 13 tahun 2012 nanti BN dan parti UMNO tewas ? _TKOdaily
Rakyat Malaysia di Iran diminta kekal waspada
10 minutes ago